Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PARADE CEREMONY IN CONJUNCTION WITH THE 55TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF THE RBAirF

Rimba Air Force Base, Thursday, 24 June 2021 – A Parade Ceremony marks the main event for RBAirF 55th Anniversary held today at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. Also in attendance were RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and civilian personnel.

The Parade was led by Major (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Paduka Haji Abd Wahab with Captain (U) Abdul Hakim bin Haji Yahya leading the Operation Group Contingent and Lieutenant (U) Md Hafiy Mahdi bin Marzuki leading the Support Group Contingent. The parade commenced with a General Salute and followed by an inspection of Guard of Honour by the Commander of RBAirF.

The event continued with a special speech delivered by the Guest of Honour to commemorate this year anniversary emphasising the importance of personnel’s contribution and hardwork in leading the success of the organisation. In addition, training and courses both locally and abroad are also crucial to enhance their skills and competency in performing their tasks. The Guest of Honour also praised RBAirF’s personnel that have achieved excellence performance in their training and courses both locally and abroad.

To bless the event, Doa Selamat was recited by Ustaz Said bin Haji Yusop, RBAirF Religious Teacher and followed by a group photo.

The event was concluded with a cake cutting ceremony and luncheon that were held concurrently at Air Movement Centre for Officers and Dewan Punai for Senior Non-Commissioned Officers and Other Ranks.

 


UPACARA PERBARISAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-55

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Khamis, 24 Jun 2021 – Upacara Perbarisan menandakan kemuncak bagi Sambutan Hari Ulang Tahun TUDB Ke-55 diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB.  Turut hadir adalah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota tentera dan awam TUDB.

Perbarisan diketuai oleh Mejar (U) Pg Abdul Aziz bin Pg Dato Paduka Haji Abd Wahab diikuti dengan Kapten (U) Abdul Hakim Bin Haji Yahya selaku Ketua Kontinjen Kumpulan Gerakan dan Leftenan (U) Md Hafiy Mahdi bin Marzuki selaku Ketua Kontinjen Kumpulan Bantu. Perbarisan dimulakan dengan penerimaan Tabik Hormat Panglima dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan oleh Pemerintah TUDB.

Majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan khas sempena Hari Ulang Tahun TUDB oleh Tetamu Kehormat menekankan kepentingan sumbangan anggota TUDB dalam memberikan kejayaan kepada organisasi.menjayakan. Dengan itu, kursus dan latihan dalam dan luar negeri adalah sangat penting untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi mereka dalam menjalankan tugas. Tetamu Kehormat juga memberikan pujian kepada anggota yang mencapai kecemerlangan dalam kursus dan latihan di dalam dan luar negara sekaligus mengharumkan nama TUDB.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Said bin Haji Yusop, Guru Ugama TUDB dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.

Acara diakhiri dengan pemotongan kek dan makan tengahari diadakan secara serentak di Pusat Pergerakan Udara bagi Pegawai-pegawai dan Dewan Punai untuk Pegawai Tidak Bertauliah Kanan dan Lain-Lain Peringkat.